Switch to english

Switch to english

Switch to english

Switch to Deutsch

Switch to Nederlands

Switch to Malay

Switch to Malay

Switch to ENGLISH

ARMAN IMRAN ASHOK

ARMAN IMRAN ASHOK

ARMAN IMRAN ASHOK

ARMAN IMRAN ASHOK

Arman Imran Ashok (malay page)

Psikologi Klinikal

Psikologi Klinikal

教育

OPLEIDING

AKAD. AUSBILDUNG

PENDIDIKAN

PENDIDIKAN

Education

  • Sarjana Psikologi (Klinikal) dari USM-UPSI, Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari University of Minnesota, Amerika Syarikat

执照 / 专业会员资格

PROFESSIONELE LIDMAATSCHAPPEN

Lizenz / Berufliche Mitgliedschaft

professional licenses in malay

License / Professional Membership

进深培训

Aanvullende kwalificaties

additional qualifcations in malay

Zusaetzliche Qualifikationen

Additional QUALIFICATIONS

专业治疗与辅导陈述

Wie ben ik?

KENYATAAN PROFESSIONAL

KENYATAAN PROFESSIONAL

ÜBER MEINE ARBEIT

Professional Statement

Heading

Hidup ini, kadang-kadang suka bermain dengan kita dimana perancangan kita sering terganggu. Ini boleh membawa kepada tekanan, kesusahan, atau kekecewaan dan seterusnya membawa kepada tingkah laku maladaptif atau tidak sihat. Saya ingin bersama anda dalam mencari atau mencipta jalan lain yang dapat membantu anda untuk meneruskan kehidupan ini. Hidup ini dah cukup susah; rakan, keluarga, hubungan, agama dan pelbagai lagi perkara – mendapatkan bantuan dan rawatan tidak sepatutnya membebankan anda. Harapan saya ialah semasa kita bekerjasama, kita akan dapat mencari jalan penyelesaian secara praktikal yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian anda, terutamanya apabila sesuatu menjadi sukar atau tidak berjalan lancar.

Saya seorang ahli psikologi klinikal yang menyeluruh. Ini bermaksud, saya percaya bahawa perkhidmatan kesihatan mental perlu disediakan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang agama, orientasi seksual, kaum dan kelas sosial. Semua orang berhak untuk mendapatkan peluang yang sama dalam perkhidmatan kesihatan minda kerana ia adalah hak asasi.

Selepas menamatkan pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Minnesota, saya pulang dari luar negara dan melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam Psikologi Klinikal di Universiti Sains Malaysia (USM) – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ini turut serta latihan komprehensif dalam mengendalikan penilaian psikologi serta menyediakan psikoterapi kepada pesakit dalam dan luar semasa melakukan penempatan klinikal saya di Hospital USM dan Hospital Pengajar UPM. Ini telah membolehkan saya bekerja dengan pelbagai kumpulan manusia, menyesuaikan diri dalam keadaan yang mempunyai tekanan yang tinggi dan padat. Oleh itu, saya dapat memperluaskan kebolehan saya dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang ramai.

Saya telah dilatih dalam mengendalikan penilaian psikologi dan neuropsikologi untuk kanak-kanak dan dewasa termasuk tetapi tidak terhad kepada Weschler Adult Intelligent Scale, Weschler Intelligence Scale for Children, ujian kecerdasan bukan lisan (non-verbal IQ test), ujian neurokognitif, ujian personaliti, ujian kefungsian penyesuaian juga sebagai pelbagai alat pemeriksaan dan diagnostik. Pegangan saya terhadap penyediaan perkhidmatan kesihatan mental menggunakan kaedah penyatuan pelbagai pasukan (multidisciplinary team) setelah mengendalikan penilaian-penilaian tersebut. Saya dilatih untuk menjalankan Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT) sebagai kaedah terapi utama saya. Semasa terapi, kita akan memberi tumpuan kepada masa sekarang, dan bagaimana kita boleh mengubah gaya pemikiran dan tingkah laku maladaptif (tidak sihat) sambil mencipta teknik untuk mengatasi yang lebih adaptif ataupun rasional.

Saya sedar akan minat saya terhadap Psikologi sebaik sahaja saya memasuki kolej dan seterusnya universiti. Saya didedahkan kepada salah satu penjagaan kesihatan yang tidak diurus dengan baik atau diabaikan: kesihatan minda kita. Melihat pada stigma yang kuat di kalangan penduduk di dalam Malaysia, saya terdorong untuk meneruskan bidang pengajian ini dengan harapan untuk membuat perubahan dan membantu mereka yang memerlukan.

Saya pernah bertanya sendiri, apa yang membuatkan manusia terganggu? Sering kita lihat orang memberi tindak balas mengikut perasaan atau melalui tingkah laku melulu, jadi apakah yang menggerakkan mereka untuk berperlakuan sebegitu? Ini adalah soalan yang sukar tetapi salah satu perkara yang saya ingin lakukan dalam bidang ini adalah untuk memastikan bahawa saya dapat menemukan jawapan yang rumit itu.

Untuk negara seperti Malaysia yang tidak mempunyai akta kukuh untuk jaminan hak dan perkhidmatan kesihatan mental, saya berharap untuk membuat perubahan dalam bidang ini. Kita perlu mengurangkan stigma terhadap sesuatu yang dilihat secara salah sebagai tidak peribadi dan sukar kepada perbualan yang lebih terbuka tentang mekanisme yang ada yang mewujudkan sistem yang sukar untuk dilayari. Amatlah diperlukan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang menderita atau memerlukan agar kita lebih memahami konsep kehidupan bermasyarakat dan bekerjasama ini, dan saya mahu menjadi sebahagian daripada perubahan itu dalam hidup anda.

语言

TALEN

BAHASA PERANTARAAN

BAHASA PERANTARAAN

SPRACHEN

Languages

English, Malay

English, Malay

Please note that starting 1st August 2021, Dr. Johnben Loy will not be taking on new clients as he will be focused on managing the centre's operations. Former and current clients may continue to access his services.
For new clients interested in FAMILY BUSINESS CONSULTATION, please contact the office for more information.